Masjid E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 24 July 2008 15:27

Masjid dianggap merupakan tempat beribadat yang khas bagi umat islam di seluruh dunia. Masjid juga dipergunakan oleh umat islam untuk pusat kebudayaan, muamalat dan juga perkembangan dakwah islamiah serta perkara-perkara yang hanya berkaitan dengan agama islam sahaja. Bangunan masjid terbina mengikut budaya masyarakat islam setempat kerana binaan masjid tidak mempunyai bentuk binaan yang tetap. Kini, masjid di jadikan tempat untuk solat Jumaat kerana keluasan masjid mampu menampung para jemaah yang hadir untuk melakukan solat jumaat.

Pada zaman baginda nabi Muhammad s.a.w , kemajuan umat islam , pergerakan islam , dan pembentukan islam, bermula dari masjid. Masjid juga telah dijadikan tempat berkumpul untuk berbincang bagi merancang untuk melakukan strategi kepada bidang dakwah islamiah, perundangan islam, perdagangan islam, serta penyebaran ilmu di dunia dan di akhirat.

Last Updated ( Thursday, 24 July 2008 17:20 )