| Kitab-kitab |
|
| Written by Administrator | |
| Thursday, 24 July 2008 15:27 | |
|
Mengikut ajaran agama islam, salah satu yang tersenarai dalam rukun iman adalah kepercayaan kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah s.w.t . umat islam di dunia perlu mempercayai ajaran-ajaran yang terkandung dalam kitab-kitab yang diturunkan Allah s.w.t . kitab adalah rujukan panduan kepada umat islam untuk beribadat serta membinbing manusia menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab diturunkan kepada nabi-nabi yang terpilih sahaja, antaranya ialah, kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s , kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s, kitab Injil kepada Nabi Isa a.s , dan Al-Quran diturunkan kepada nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w Sebagai umat islam, perlulah khatam kitab-kitab islam terutama kitab Al-Quran. Kerana membacanya dapat menerangi hati dan mengamalkannya akan mendapat hidayah daripada Allah s.w.t , semakin banyak pembacaan kitab-kitab Allah, selagi itu agama islam akan kukuh , maju dan cemerlang di dunia, selain itu, akan terselamat di akhirat. |
|
| Last Updated ( Thursday, 24 July 2008 17:20 ) |
