Cara melakukan solat E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 24 July 2008 16:10

Solat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan sebanyak lima kali sehari oleh setiap umat islam. Bagi melakukannya perlu mengikut hukum-hukum islam yang telah ditetapkan. Sekiranya melanggar salah satu syarat sah , syarat wajib atau rukun solat, maka solat yang dilakukan adalah tidak sempurna dan juga tidak sah.

Sebelum melakukan solat,yakin bahawa diri sendiri tidak melanggar syarat wajib solat iaitu masih dalam beragama islam, seseorang itu telah baligh , masih berakal waras, dan suci daripada haid dan nifas. (bagi perempuan sahaja).

Syarat sah juga adalah salah satu faktor untuk solat itu sah dan sempurna. Antaranya ialah, suci badan dari hadas besar dan kecil, suci dari najis sama ada di badan, tempat solat atau di pakaiannya, perlu menutup aurat, menghadap kiblat dengan tepat, ( kecuali uzur) dan yakin telah masuk waktu solat.

Rukun solat

Selepas yakin sempurna dalam syarat sah dan wajib solat, perlulah mengambil whuduk ( air sembahyang). Sesudah itu, pasangkan niat dalam hati, takbiratul ihram ( Allah akhbar yang pertama), kepada yang sihat, perlulah berdiri bagi melakukan solat, seterusnya wajib membaca surah Al-Fatihah, sesudahnya, rukuk beserta tama’ninah ( tenang, tertib dan tidak terburu-buru), iktidal beserta tama’ninah kemudian sujud dua kali beserta tama’ninah, duduk diantara dua sujud beserta tama’ninah,Tasyahhud akhir dengan bacaan Tasyahhud, seterusnya duduk dalam keadaan Tasyahhud akhir, wajib selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud akhir, member salam dan tertib. Jika tertinggal bacaan doa qunut ( dalam solat subuh sahaja) atau Tasyahhud awal, perlu membuat sujud sahwi selepas member salam.

Last Updated ( Thursday, 24 July 2008 17:20 )