Waktu Solat and Al-Quran Community
Waktu Solat Community PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 24 July 2008 15:20

Pertolongan melengkapi diri dalam solat.

Sememangnya wajar diketahui oleh umat islam bahawa waktu solat iaitu sembahyang ( pekerjaan penyembahan oleh manusia kepada tuhan yang maha Esa, Allah s.w.t ). Untuk membentuk jati diri yang kukuh dan teguh bagi melakukan pekerjaan solat, diri kita perlu diselami dengan ilmu-ilmu agama islam. Oleh itu ibu bapa adalah salah satu faktor utama untuk membentuk, mempertingkatkan, mewarnai jati diri anak-anak dengan ajaran-ajaran agama islam. Tambahan pula pada zaman sekarang yang serba moden ini, mudah didapati sekolah agama islam yang menyebarkan ilmu-ilmu agama islam di pusat-pusat bandar mahupun diluar Bandar. Waktu Solat lima kali sehari adalah wajib ditunaikan apabila seseorang itu telah Baligh, maka perlu dilakukannya tanpa sebarang masalah. Untuk lebih kelengkapan diri waktu solat, perlulah menghayati, memahami, mengetahui setiap perlakuan dalam solat. Sekiranya untuk mendapat kelengkapan lebih dalam solat seharian, solat-solat sunat di sunatkan kepada umat islam untuk melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, antaranya ialah solat-solat sunat boleh dikerjakan pada tengah-tengah malam (solat hajat), solat dhuha (matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya ) dan solat taubat ( solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan yang mungkar) .

Perlengkapan diri semasa waktu solat.

Perlengkapan diri semasa waktu solat harus dititik beratkan dalam setiap diri umat islam di dunia. Sebelum melakukan solat di waktu solat, hendaklah menggunakan pakaian yang bersih dan suci dari najis, yakin suci dari hadas besar dan kecil, dan yakin bahawa diri telah sempumna dalam syarat sah mahupun syarat wajib waktu solat. Untuk mendapat lebih pahala dalam solat, hendaklah dilengkapkan solat itu menjadi solat jemaah, bermaksud solat yang dilakukan lebih dari seorang, diketuai oleh imam din diikuti oleh para makmum. Waktu Solat berjemaah sangat dituntut oleh agama islam kerana solat jemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat.

Last Updated ( Saturday, 20 September 2008 09:31 )
 

Polls

Berapakah umur anda?
 

Who's Online

We have 2 guests online